Skip to main content

Command Palette

Search for a command to run...

Mengapa Python sangat bagus untuk pemula?

Why Python is really good for beginner?

Published
4 min read
Mengapa Python sangat bagus untuk pemula?

Jika ada seseorang bertanyakan kepada saya apakah bahasa pengaturcaraan yang bagus untuk seseorang yang baru sahaja mahu menceburkan diri dalam bidang coding, saya akan jawab kepadanya;

Python. 🐍

Mengapa saya memilih Python?

Mari lihat apa hujah saya untuk memilih bahasa ini. Python adalah bahasa pengaturcaraan pertama yang saya belajar sebelum saya cuba menjelajah ke dalam bahasa pengaturcaraan yang lain. Selepas mempelajari Python, saya ada mempelajari lagi satu bahasa iaitu; Java Script (JS) dan adik beradiknya iaitu C++. 🤪

Saya berasa curious untuk mempelajari Java Script kerana JS adalah sebuah bahasa yang menjadi tulang belakang logika bagi membina sebuah laman sesawang. JS juga memang dicipta khas bertujuan untuk pembinaan laman sesawang sehingga hari ini. Jadi, saya tertarik untuk melihat kehebatan bahasa pengaturcaraan ini. 😋

Setelah mempelajari asas JS, saya mendapati komponen di dalam JS kebanyakannya adalah serupa dengan bahasa Python yang telah saya pelajari. Contohnya seperti fungsi, penyata if-else, class, variable dan sebagainya.

Tetapi...

Sebagai seorang pemula seperti saya, apabila saya membandingkan keduanya dari sudut kaca mata seorang pemula, saya merasakan Python lebih sesuai untuk dipelajari seorang pemula yang memang tidak ada apa-apa langsung asas dalam bidang pengaturcaraan.

Manakala Java Script (yang juga dikatakan mempunyai struktur yang sama seperti C++) adalah kurang sesuai untuk dipelajari untuk permulaan atas sebab disiplin penulisan kod ini dan beberapa kelebihan yang ada pada Python sendiri seperti berikut;

✅ Ringkas dan Padat

Python mempunyai cara penulisan yang ringkas dan padat berbanding JS atau bahasa pengaturcaraan yang lain. Contohnya jika anda ingin menulis kod list; anda hanya perlu menulis kod seperti berikut;

senarai_nombor = [1, 2, 3, 4, 5]

Hanya dengan menggunakan braket petak, anda dapat merujuk struktur kod itu adalah sebuah list.

Tetapi untuk JS, anda perlu meletakkan awalan seperti var, const, atau let dan seterusnya menggunakan braket petak untuk merujuk struktur kod itu berbentuk list. Contoh kod;

var senaraiNombor = [1, 2, 3, 4, 5];
const x = ["hello", "nama", "saya"];
let kucing = [1, "hitam", 2, "putih"];

Ini baru untuk satu list, bagaimana jika anda mempunyai banyak list ataupun variable untuk ditulis? Ya, anda perlu mengawali semua list tersebut menggunakan var untuk dirujuk sebagai list.

Suka saya ingin ingatkan kembali, bahawa tulisan ini hanya bertujuan untuk menunjukkan bahasa pengaturcaraan apakah yang sesuai untuk seorang newbie atau pemula; dan bukan untuk merendahkan bahasa pengaturcaraan lain terutamanya JS.

Ini kerana setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai kekuatan tersendiri berdasarkan tujuan penggunaan bahasa tersebut.

✅ Menggunakan pemerenggan (indentation)

Jika anda mempelajari Python, anda akan dikenalkan dengan ruang kosong yang dipanggil sebagai pemerenggan. Pemerenggan wujud apabila anda ingin menulis struktur kod seperti for-loop, while-loop dan juga penyata if-else.

Pemerenggan bertujuan untuk menyatakan kod dijalankan di dalam lingkungan blok pemerenggan tersebut. Misalnya;

a = 3
if a > 3: # blok 1
       print("a lebih besar daripada 3") # blok 1

elif a < 3: # blok 2
       print("a lebih kecil daripada 3") #blok 2

Anda dapat perhatikan yang pada barisan selepas penyata if dan else, print akan ditulis dengan ruang kosong di tepinya. Itu yang dipanggil sebagai pemerenggan. Ini bermaksud, printyang pertama merujuk kepada penyata if sahaja manakalaprintyang kedua merujuk kepada penyata elif sahaja. Ini membentuk satu blok kod hanya dengan menggunakan pemerenggan atau saya boleh katakan sebagai ruang kosong. 😎

Tambah pula cara ini memudahkan anda untuk membaca kod kerana lebih kemas. ✨

Lain pula dengan JS atau C++. JS atau C++ memerlukan ketelitian dalam menulis blok kod kerana menggunakan braket keriting -- { } --- dan ';' sebagai penutup di akhir kod. Contoh kod:

var a = 3;
if (a  > 3) {
      console.log("a lebih besar daripada 3")
} elif (a < 3) {
      console.log("a lebih kecil daripada 3")
}

Sedikit rumit dengan cara tulis tetapi jika anda sudah biasa tidakmenjadi masalah. Biasanya pemula akan mengalami masalah apabila tidak menutup kod tersebut dan mengalami ralat dan kegagalan menghasilkan output. Teknik ini bagus, tapi tidak sesuai untuk mereka yang baru bermula.

✅Kebolehbacaaan

Disebabkan Python menggunakan konsep pemerenggan, ini menjadikan penulisan kod menjadi lebih kemas dan teratur sekaligus membantu pengaturcara untuk membaca kod.

Struktur yang padat, ringkas dan semantik (mudah dibayangkan apabila membaca sesebuah kata kunci) juga membantu pengaturcara untuk mempelajari perkara baharu dan juga memahami kod yang telah ditulis.

Kebolehbacaan adalah sebuah faktor sangat penting. Ini kerana ia membantu pengaturcara sendiri dalam membaca kodnya kembali (jika dia sudah tinggalkan kod tersebut dalam jangka masa yang lama).

Tambah pula, jika anda membina sesebuah kod itu secara berkumpulan yang melibatkan pengaturcara yang mempunyai kapasiti yang metodologi yang berbeza dalam membina kod, pastinya anda mahu gerak kerja tersebut berjalan dengan lancar apabila kesemua ahli kumpulan anda dapat memahami kod yang anda telah dibina.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Python lebih mudah untuk dipelajari untuk pemula kerana struktur seperti yang telah dinyatakan di atas. Setelah anda telah mahir dengan asas Python, barulah mudah untuk anda untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan yang lain kerana kefahaman anda pada konsep logika pengaturcaraan yang anda telah fahami daripada Python tadi.

Itu sahaja daripada saya.

Teruskan belajar dan menjelajah. Selamat berkoding! 👩‍💻

More from this blog

A

ammarite

27 posts